LELAKI CUBA TERJUN DARI MENARA TELEKOMUNIKASI DISELAMATKAN

PANTAI REMIS. – Seorang lelaki yang dipercayai mengalami masalah mental diselamatkan daripada cubaan terjun dari sebuah menara telekomunikasi di Jalan Bundry, Kampung Panchor, Pantai Remis hari ini.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 8.03 minit malam. Menurutnya, apabila tiba di tempat kejadian didapati seorang lelaki berusia 33 tahun telah memanjat hingga ke peringkat ketiga menara telekomunikasi tersebut dan cuba untuk terjun.

Katanya, lelaki yang mempunyai rekod kesihatan menghidap sakit jantung dan lelah itu berada dalam keadaan separuh sedar.

“Lelaki berkenaan akhirnya berjaya dipujuk dan dibawa turun dari menara telekomunikasi,” katanya.

Menurutnya, lelaki berkenaan kemudiannya diserahkan kepada pihak ambulans untuk diperiksa tahap kesihatannya. Katanya, operasi selesai sepenuhnya pada pukul 9.14 malam.

20161208-cubaan-bunuh-diri-menara-telekomunikasi

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s