[VIDEO] NURUL ATIKAH PARAH, KERETA DIPANDU REMPUH TEMBOK PLAZA TOL KUNDANG BARAT

SUNGAI BULOH: Seorang wanita parah selepas kereta dipandunya merempuh tembok simen di lorong paling kanan Plaza Tol Kundang Barat, Lebuh Raya Kuala Lumpur – Kuala Selangor (LATAR) arah ke Kuala Selangor, tengah hari Isnin.

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari, Nurul Atikah Jafri, 21, dari Batu 8 1/4 Gombak, yang memandu PERODUA Viva dilaporkan cedera parah akibat rempuhan kuat dan dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh (HSB) untuk rawatan.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Dr Abdul Aziz Awang Darus, berkata kenderaan mangsa dari arah Selayang ke Puncak Alam dipercayai dipandu laju dan tidak sempat membrek ketika menghampiri plaza tol.

“Akibat rempuhan itu, kereta mangsa remuk pada bahagian hadapan dan sisi kiri manakala pemandunya cedera pada muka dan tangan.

“Bagaimanapun, siasatan masih dijalankan untuk memastikan punca kemalangan dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan, tadi.

Katanya, mangsa yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Susulan kejadian itu, satu video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di plaza tol berkenaan menunjukkan detik kereta mangsa merempuh tembok plaza tol itu menjadi viral di laman media sosial.

Menerusi video lapan saat itu, dapat dilihat kenderaan mangsa meluncur laju dan terus merempuh tembok tiang plaza tol menyebabkan bahagian kiri hadapan kereta terbabit remuk.

Sementara itu, abang mangsa, Zakwan Jafri melalui status di laman Facebook memberitahu, adiknya kini dirawat di ICU untuk pemerhatian dan akan dipindahkan ke wad biasa dalam tempoh terdekat.

20161206-nurul-atikah-kemalangan-plaza-tol-kundang-barat

20161206-nurul-atikah-kemalangan-plaza-tol-kundang-barat-2

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s