Najib rasmi Perhimpunan Agung UMNO 2016

Perhimpunan Agung UMNO 2016 bermula hari ini dengan majlis perasmian oleh Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini.

Mengikut tradisi, acara perhimpunan dimulakan dengan upacara perbarisan dan menaikkan bendera Jalur Gemilang dan bendera UMNO, Sang Saka Bangsa, nyanyian lagu Negaraku, lagu parti “Bersatu, Bersedia, Berkhidmat” dan ketiga-tiga lagu sayap Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri yang bergema di Plaza Merdeka, sebelum acara beralih ke Dewan Merdeka.

Najib yang juga perdana menteri kemudiannya akan menyampaikan ucapan dasar presiden di hadapan 2,762 anggota perwakilan.

Sebelum ucapan dasar, satu laporan kewangan dan keahlian dibentangkan oleh Bendahari Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dan Setiausaha Agung parti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Perhimpunan agung ini berlangsung selama lima hari bermula Selasa.

20161201-najib-perasmian-pau2016

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s